1 Mac 2024 - Jabatan Bendahari dengan kerjasama Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari (KKJB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Era Digital dan Perhimpunan Kakitangan Jabatan Bendahari pada 1 Mac 2024 di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM. 

Pada majlis tersebut, Encik Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Bendahari UKM telah merasmikan pelancaran Era Digital Jabatan Bendahari termasuk melancarkan Logo Baharu Jabatan Bendahari, Laman Sesawang Baharu dan Bendahari Administrative Portal. Beliau juga telah menyampaikan amanat tahun 2024 kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Bendahari yang hadir.

Pihak KKJB turut mengadakan pelancaran jersi baharu Jabatan Bendahari dan pengisytiharan rumah sukan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Bendahari. Jersi dengan logo baharu Jabatan Bendahari telah diperkenalkan dan akan digunakan oleh kakitangan Jabatan Bendahari bagi menyertai mana-mana pertandingan atau acara sukan yang diadakan. 

Sesi fotografi Tuan Bendahari bersama semua pegawai dan kakitangan Jabatan Bendahari turut diadakan di Persada Canselori dan jamuan makan tengahari secara bersama di Bilik Bankuasi sebagai penutup tirai majlis tersebut.