9 Jun 2023 - Buat julung kalinya Malam GALA UKM telah diadakan bagi menghargai tunjang utama kecemerlangan universiti iaitu para staf Pengurusan & Profesional (P&P). Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi ini telah diadakan di Grand Ballroom, Bangi Resort Hotel.

16 Anugerah PERTADI telah diterima oleh 16 orang staf Pengurusan & Profesional (P&P) yang cemerlang. Objektif penyampaian anugerah ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan dan interaksi para staf malah diharapkan dapat membakar semangat suruh staf. Anugerah yang disampaikan ini merangkumi kemampuan dan kebolehan semua skim dalam menjayakan dan mendayakan lagi kecemerlangan UKM. 

Salah seorang penerima Anugerah PERTADI adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Bendahari UKM, En. Mohd. Azli Mohd. Kasirun. Seluruh warga Jabatan Bendahari mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Mohd. Azli Mohd. Kasirun, kerana telah menerima Anugerah Khas Pertadi (Inisiatif Digital) pada malam anugerah tersebut.