8 Mac 2023 - Majlis Perasmian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat UKM yang diadakan merupakan satu titik permulaan kepada UKM untuk melaksanakan prakarsa Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA yang merupakan Evolusi Baharu Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB).

Berpegang kepada Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), UKM kini sederap mengorak langkah bersama Universiti Awam yang lain untuk menjadikan EKSA sebagai agenda peningkatan pembudayaan kualiti dan inovasi dalam kalangan warga UKM.

Pelaksanaan EKSA ini juga merupakan satu aspirasi yang mendukung kepada kebitaraan i-Minda di bawah prakarsa advokasi di dalam Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM. Secara umumya, advokasi sebenarnya merupakan pemikiran dan strategi yang sistematik dalam mencetuskan idea perubahan demi menunjukkan sokongan untuk pembangunan individu, masyarakat dan negara.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Aset telah terpilih dan dilantik sebagai PTj Rintis kepada pelaksanaan EKSA di UKM. Syabas diucapkan kepada Bahagian Aset.