27 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadan 1445H bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM telah diadakan Majlis Iftar Santunan Kasih Rumah Pengasih Warga Prihatin anjuran Kelab Kebajikan Jabatan Bendahari (KKJB). Majlis dihadiri oleh Tuan Bendahari UKM, Penceramah dan Imam Jemputan, Dr. Ahmad Irdha Bin Mokhtar, serta warga Jabatan Bendahari bersama ahli keluarga bagi meraikan tetamu khas dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
Pada majlis tersebut, Dr. Ahmad Irdha Bin Mokhtar telah memberikan tazkirah ringkas dan menjadi Imam bagi solat tarawih secara berjemaah bersama sama tetamu dari RPWP dan warga Jabatan Bendahari. KKJB amat berbesar hati atas kesudian para hadirin yang bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Majlis Iftar Santunan Kasih Rumah Pengasih Warga Prihatin bagi tahun 2024. Jutaan terima kasih juga kepada para penyumbang yang sudi menghulurkan sumbangan untuk majlis ini. Semoga warga Jabatan Bendahari dan para jemputan mendapat rahmat dan keberkatan daripada majlis ini.