15 November 2023 - Perlawanan persahabatan antara Jabatan Bendahari UKM dan Jabatan Bendahari USIM telah berlangsung pada 15 November 2023 (Rabu). Turut sama hadir bagi memberi sokongan, Bendahari Jabatan Bendahari UKM, Encik Mohd Azli Kasirun, Timbalan Bendahari (Strategik), Encik Mohd Yazid Bin Sabtu dan Timbalan Bendahari (Operasi), Encik Mokshin Bin Hj. Tumin.Perlawanan persahabatan ini telah menandakan ikatan persabahatan antara UKM dan USIM.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, ping pong, karom, badminton, bola tampar dan futsal.Matlamat penganjuran perlawanan persahabatan ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan dikalangan kakitangan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik kakitangan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan. Disamping itu juga, secara tidak langsung perlawanan persahabatan ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja mereka. Perlawanan persahabatan ini juga diharapkan dapat mengeratkan ukhwah antara kedua dua pihak Jabatan Bendahari.