Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bendahari Tahun 2024 yang diadakan di Panggung Seni, UKM telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengurusan dan Warga Jabatan Bendahari, termasuk tetamu yang berkelapangan hadir iaitu Timbalan Naib Canselor (PNI), Pengarah UKM-ROSH, Dekan Fakulti Sains Sosial, Pengarah CRIM dan juga tetamu jemputan khas dari Ikhlas Kekal Sdn. Bhd.
Majlis ini dikelolakan oleh Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari dengan menghidangkan pelbagai menu dan juadah hari raya termasuk set nasi hujan panas, sate, apam balik, mee kari, dan raja buah yang ditaja oleh Tuan Bendahari kepada semua tetamu. Beberapa acara menarik turut diadakan seperti cabutan bertuah dan hadiah pakaian tercantik. Para tetamu juga disajikan dengan nyanyian pelbagai genre oleh Tuan Bendahari dan warga Jabatan Bendahari yang berbakat besar.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada para jemputan yang sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bendahari Tahun 2024. Ternyata majlis yang diadakan telah dapat mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara warga Jabatan Bendahari dan warga kampus UKM yang hadir.