Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Jabatan Bendahari Tahun 2024 telah diadakan bertempat di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 36 orang Pegawai Kewangan Jabatan Bendahari dan lapan (8) orang urus setia. Penganjuran MSP ini bertujuan memenuhi keperluan semakan pengurusan di peringkat Jabatan Bendahari.

Pihak pengurusan Jabatan Bendahari telah membuat semakan semula perkara berkaitan pengurusan kualiti secara keseluruhan di Jabatan agar selari dengan perubahan yang dilaksanakan di peringkat induk serta bersesuaian dan memenuhi konteks keperluan semasa dalam menjalankan aktiviti harian yang menjurus kepada meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Bendahari.