Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula (SIRIM) ISMS Tahun 2024 telah diadakan bertempat di Jabatan Bendahari dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Yazid Sabtu, Timbalan Bendahari (Strategik) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kualiti Jabatan Bendahari. Mesyuarat turut dihadiri Puan Suhaila Ariffin, Ketua Pasukan Auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Ketua Jaminan Kualiti, Ketua Pentadbiran serta Ahli Jawatankuasa Kecil ISMS Jabatan Bendahari.

Pengauditan ini bertujuan untuk memastikan bahawa prosedur keselamatan maklumat yang dijalankan adalah mengikut standard ISMS dan mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan. Ketua Pasukan telah memberi penerangan mengenai proses pengauditan yang akan dijalankan, termasuk skop dan kawasan-kawasan yang akan diaudit, dengan fokus utama kepada Bahagian Bayaran (Unit Gaji).

Kesimpulannya, proses pengauditan ini adalah langkah penting dalam memastikan Jabatan Bendahari UKM sentiasa mematuhi standard keselamatan maklumat yang tertinggi. Semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan mengambil pengajaran daripada hasil audit bagi memperbaiki serta memperkukuhkan lagi sistem pengurusan keselamatan maklumat di Jabatan Bendahari.