Jabatan Bendahari dengan kerjasama Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) telah menerima kunjungan dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya, Indonesia. ITS merupakan salah satu rakan kerjasama yang mempunyai hubungan yang baik bersama UKM. Delegasi ITS terdiri daripada tujuh (7) orang kakitangan pengurusan dan pentadbiran di mana empat (4) daripadanya adalah terdiri daripada pengurusan hal ehwal kewangan. Kunjungan ini adalah sebahagian daripada program pembinaan kapasiti (capacity building program) yang dijalankan oleh ITS bersama UKM.

Sesi dialog serta perkongsian berkaitan pengurusan kewangan Universiti bersama Pegawai-Pegawai Kewangan Jabatan Bendahari telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Yazid bin Sabtu, Timbalan Bendahari (Strategik) bertempat di Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori.

Lawatan dan sesi perkongsian ini secara langsung telah memberi pendedahan berkaitan pengurusan kewangan yang melibatkan akaun dan pelaburan Universiti. Diharapkan dengan lawatan dan perkongsian ini dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.