27 Februari 2025- Jabatan Bendahari UKM telah dijemput ke Majlis PayNet Digital Campus Summit 2025 Sempena Penutupan Program Pendigitalan Kampus Siri Ketiga 2024 (PayNet Digital Campus 3.0) di Putrajaya Marriott Hotel yang dihadiri Puan Suraya Abdul Hamid, Ketua Bahagian Hasil sebagai wakil Bendahari Universiti. 

Menjadi suatu pencapaian besar buat Universiti apabila menjadi penerima Anugerah Khas PayNet Digital Campus 3.0 atas kejayaan mencapai lebih 1,000,000 transaksi pembayaran digital bagi tempoh Januari sehingga Disember 2024 yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. 

Semoga penganugerahan ini menjadi motivasi kepada warga Jabatan Bendahari untuk terus proaktif dalam menjalankan amanah demi agama, bangsa dan negara tercinta.