Audit Dalam ISMS UKM Jabatan Bendahari Tahun 2025

 

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam ISMS Tahun 2025 telah diadakan bertempat di Jabatan Bendahari dan telah dipengerusikan oleh Puan Norini Mohamad, Menjalankan Tugas Timbalan Bendahari (Strategik) selaku Menjalankan Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kualiti Jabatan Bendahari. Mesyuarat turut dihadiri Puan Norasmah Mohamad Maselan dan Puan Nurazlinda Nurul Asri selaku Juruaudit ISMS, Ketua Jaminan Kualiti, Ketua Bahagian Bayaran serta Ahli Jawatankuasa Kecil ISMS Jabatan Bendahari.

Pengauditan ini bertujuan untuk memastikan bahawa prosedur keselamatan maklumat yang dijalankan adalah mengikut standard ISMS dan mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan. Ketua Pasukan telah memberi penerangan mengenai proses pengauditan yang akan dijalankan, termasuk skop dan kawasan-kawasan yang akan diaudit, dengan fokus utama kepada Bahagian Bayaran (Unit Gaji).

Kesimpulannya, proses pengauditan ini adalah langkah penting dalam memastikan Jabatan Bendahari UKM sentiasa mematuhi standard keselamatan maklumat yang tertinggi. Semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan mengambil pengajaran daripada hasil audit bagi memperbaiki serta memperkukuhkan lagi sistem pengurusan keselamatan maklumat di Jabatan Bendahari.