Pra Mesyuarat Semakan Pengurusan Jabatan Bendahari Tahun 2025
Pra Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Jabatan Bendahari Tahun 2025 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 35 orang Pegawai Kewangan Jabatan Bendahari. Penganjuran MSP ini bertujuan memenuhi keperluan semakan pengurusan di peringkat Jabatan Bendahari.
Pihak pengurusan Jabatan Bendahari telah membuat semakan semula perkara berkaitan pengurusan kualiti secara keseluruhan di Jabatan agar selari dengan perubahan yang dilaksanakan di peringkat induk serta bersesuaian dan memenuhi konteks keperluan semasa dalam menjalankan aktiviti harian yang menjurus kepada meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Bendahari.