MAJLIS AMANAT BENDAHARI UKM 2025

8 Januari 2025 – Jabatan Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari (KKJB) telah menganjurkan Majlis Amanat Bendahari UKM 2025 yang berlangsung di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori UKM.

Majlis dihadiri oleh warga Jabatan Bendahari dari Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Cheras, bertujuan untuk menyampaikan amanat tahunan oleh Tuan Haji Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Bendahari UKM bagi tahun 2025. Program ini merupakan platform penting untuk menyampaikan perancangan strategik, hala tuju jabatan serta penekanan terhadap nilai integriti dan profesionalisme dalam pengurusan kewangan universiti.

Selain itu, majlis ini turut menjadi ruang bagi mengukuhkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan kakitangan, selaras dengan aspirasi UKM sebagai universiti Watan yang cemerlang. Akhir sekali, sesi fotografi Tuan Bendahari bersama semua pegawai dan kakitangan Jabatan Bendahari turut diadakan di Persada Canselori dan jamuan makan tengahari secara bersama di Bilik Bankuasi sebagai penutup tirai majlis tersebut.