TAKLIMAT EXCO JAWATANKUASA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN BENDAHARI

25 April 2025 – Bagi menyokong usaha memperkukuh budaya kerja yang sistematik dan kondusif, satu Taklimat Pendedahan dan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan khusus kepada EXCO Jawatankuasa EKSA Jabatan Bendahari.

Taklimat ini berlangsung di Bilik Majlis Canselori, Aras 5 Bangunan Canselori UKM, dan dihadiri oleh barisan EXCO EKSA serta pegawai-pegawai terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai prinsip, amalan dan pelaksanaan EKSA selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak MAMPU. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen Jabatan Bendahari dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, selesa, dan produktif.

Taklimat dikendalikan secara interaktif, merangkumi penerangan teori dan sesi soal jawab untuk memastikan pemahaman menyeluruh dalam kalangan peserta. Ia diharap dapat menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan EKSA yang lebih terancang dan berkesan di peringkat jabatan.