16 Jun 2022 - Jabatan Bendahari melakar kejayaan besar di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Ke-25 & LEAN@UKM Ke-3 yang telah berlangsung di HCTM pada 15 Jun 2022. 

Sekalung TAHNIAH kepada Kumpulan D’FUTURISTIK yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan KIK UKM, Juara KIK (Kategori Pengurusan) dan Fasilitator Terbaik. Manakala, Kumpulan MEDISTORM mendapat Tempat Ketiga KIK (Kategori Pengurusan), Persembahan Terbaik dan Poster Terbaik. 

Setinggi-tinggi SYABAS kepada semua ahli Kumpulan D’FUTURISTIK dan MEDISTORM kerana telah mengharumkan nama Jabatan Bendahari UKM di persada Konvensyen KIK. Teruskan usaha dan kegigihan untuk menambahbaik pengurusan kewangan Universiti Watan kita dalam merealisasikan Pelan Strategik UKM – T.E.R.A.S UKM (2021-2025).