28 Jun 2022 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jabatan Bendahari menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama UKM Pakarunding Sdn Bhd (UKMP) dan Ikhlas Kekal Sdn. Bhd. bagi membangunkan dan mengkomersialkan Sistem eP@UKM untuk memastikan tadbir urus perolehan yang lebih efisien serta ketelusan penganugerahan tender secara digital.

Sistem eP@UKM merupakan platform pelaksanaan urusan perolehan sepenuhnya digital merangkumi semua urusan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja bermula daripada proses pengiklanan dan penawaran sehingga pelantikan serta pembayaran kepada pembekal.

MoA ditandatangani oleh Naib Canselor UKM, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Bendahari UKM, Mohd. Azli Mohd. Kasirun, Ketua Pegawai Ekskutif Ikhlas Kekal Sdn. Bhd. Badlisham Talhah dan Pengurus Besar UKM Pakarunding Sdn. Bhd. Tuan Ts. Yuriny Adnan pada 23 Jun 2022.