13 Jan 2023 - Kursus Pengukuhan Pasukan Jabatan Bendahari 2023 anjuran Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlangsung di UPSI Adventure Park pada 13 -15 Januari 2023.

Kursus ini disertai seramai lapan puluh (80) orang pegawai dan staf pelaksana Jabatan Bendahari termasuk yang bertugas di Bahagian, Zon, Unit, Fakulti/Pusat di Kampus Bangi dan pegawai daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK).

Kursus ini mensasarkan agar Pegawai dan Staf Pelaksana: 

  • Dapat mengenali dengan lebih dekat barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan Bendahari dan mengamati amanat yang disampaikan.
  • Memupuk semangat jati diri watan dan kerjasama sepasukan dalam kalangan peserta.
  • Mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta.
  • Meningkatkan motivasi dan potensi diri agar dapat memberi perkhidmatan terbaik.

Syabas kepada semua peserta yang telah menjalani Kursus Pengukuhan Pasukan Jabatan Bendahari 2023 dengan jayanya. Semoga pada tahun 2023 dan tahun-tahun mendatang, Pegawai dan Staf Pelaksana Jabatan Bendahari dapat terus mempamerkan prestasi cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pemegang taruh dan pelanggan UKM.