2 Mac 2023 -  Bahagian Aset, Jabatan Bendahari UKM telah menerima kunjungan lawatan penanda aras pengurusan aset universiti dari Unit Pengurusan Aset, Jabatan Kewangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Delegasi UIA terdiri daripada 2 org pegawai kewangan dan 1 kakitangan pelaksana diketuai oleh En. Mohamed Bedrulzaman Bin Mohamed Basir (Timb. Pengarah Kewangan Kanan W52), En. Mohd Azhari Bin Mohd Nadzari (Akauntan Kanan W44) dan En. Muhammad Bin Rosli (Penolong Akauntan W29).

Sesi taklimat serta perkongsian berkaitan pengurusan aset universiti dimulakan oleh En. Mohd Nizam Bin Arsad (W44). Sesi taklimat ini merangkumi struktur bahagian aset, polisi aset yang berkuatkuasa di UKM, Sistem Pengurusan Aset, pelupusan aset, tatacara kehilangan dan hapuskira, proses susutnilai aset dan projek dalam kemajuan. Di akhir sesi taklimat, delegasi UIA juga dibawa melawat ke Bangunan Stor.

Semoga lawatan penanda aras ini dapat meningkatkan jalinan kerjasama erat antara UKM dan UIA dalam pengurusan aset universiti.