8 Mac 2023 – Bahagian Aset, Jabatan Bendahari UKM telah menerima kunjungan lawatan penanda aras pengurusan aset dari Lembaga Getah Malaysia.

Delegasi Lembaga Getah Malaysia terdiri daripada 6 orang pegawai dan disambut oleh En. Mohd Nizam Bin Arsad. Turut serta dalam menyambut delegasi ialah Pn. Norizan Binti Ajai (Ketua Bahagian Akaun), Pn. Nur Idayu Hasan Basri (Bahagian Aset) dan juga pegawai dari Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi UKM.

Sesi taklimat serta perkongsian berkaitan pengurusan aset dimulakan oleh Pn. Nur Idayu Hasan Basri. Sesi taklimat ini merangkumi struktur bahagian aset, polisi aset yang berkuatkuasa di UKM, Pengurusan Aset Tak Ketara dan proses susutnilai aset tak ketara.

Semoga lawatan penanda aras ini dapat meningkatkan jalinan kerjasama erat antara UKM dan Lembaga Getah Malaysia dalam pengurusan aset.